60 orang hadir sesi dialog 'karier vs kahwin lewat' di UKM - Utusan Malaysia

60 orang hadir sesi dialog ‘karier vs kahwin lewat’ di UKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jun – Seramai 60 orang pelajar dan orang awam hadir ke sesi dialog ‘karier vs kahwin lewat’ di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini.

Pensyarah Kanan Pusat Citra Universiti UKM, Dr. Nasruddin Yunos berkata, insiatif mengadakan dialog seperti ini merupakan 100 peratus idea pelajar program subjek elektif citra yang merupakan kredit wajib pelajar.

“Kita memberi peluang kepada pelajar untuk melaksanakan program citra iaitu subjek yang wajib universiti yang perlu diambil oleh semua pelajar.

“Program seperti ini akan ditambah baik sesuai dengan keperluan semasa bagi membolehkan pelajar dapat mendapat pendedahan selepas tamat belajar kelak, “ katanya.

Dalam pada itu, sesi dialog tersebut mereka menjemput Pencetus Ummah (PU), Akram Ikrami Datuk Taib Azamudeen dan Penolong Pengurus Unit Takaful Ikhlas Berhad, Mimi Farhana Zulkefli untuk membincangkan topik berkaitan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN