60 ekor musang pandan berjaya diselamatkan  - Utusan Malaysia

60 ekor musang pandan berjaya diselamatkan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya menyelamatkan 60 ekor musang pandan yang dipercayai cuba diseludup keluar negara di Tok Bali, di sini semalam. 

Pemangku Pegawai Memerintah Markas Operasi Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Inspektor Reduan Mohidin berkata, haiwan eksotik itu ditemui di kawasan semak berhampiran salah sebuah jeti pendaratan ikan di Tok Bali pada pukul 5 petang semalam. 

“Ini termasuk seekor ibu musang serta tiga ekor anaknya yang masih kecil di dalam sangkar dipercayai cuba diangkut ke bot nelayan asing menggunakan bot tempatan. 

“Kesemua haiwan eksotik itu yang bernilai RM12,000 dirampas untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Katanya, seramai lapan anggota polis marin yang sedang menjalankan Ops Gelora Siri 9/2018 terlibat dalam operasi memyelamatkan haiwan berkenaan. 

“Tiada tangkapan dilakukan selepas mendapati tiada individu yang menghampiri lokasi Musang Pandan ditemui sepanjang pihak polis melakukan intipan susulan. 

“Kes ini diserahkan kepada Perhilitan yang disiasat di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN