INDUSTRI tenaga global berdepan dengan kekurangan tenaga mahir seiring dengan perkembangan industri daripada aspek inovasi, pengenalan teknologi baharu dan peluang-peluang tranformatif. Menurut laporan Indeks Bakat Tenaga Global (GETI) 2017, sebanyak 83 peratus pengurus sumber manusia di dalam industri tenaga global yang dikaji selidik, percaya mereka berdepan dengan kekurangan tenaga mahir yang diperlukan. Keadaan ini menimbulkan persoalan, di sebalik teknologi inovatif yang wujud, apakah industri berkeyakinan terhadap kemunculan bakat dan tenaga…










