59 buah rumah di Seberang Perai Utara rosak akibat ribut - Utusan Malaysia

59 buah rumah di Seberang Perai Utara rosak akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Kira-kira 59  buah kediaman di daerah Seberang Perai Utara di sini mengalami kerosakan termasuk pada bahagian bumbung  akibat angin kencang dan hujan lebat selama sejam malam tadi.

Kejadian berlaku pada pukul 6.45 petang itu turut menyebabkan bumbung rumah penduduk berkenaan tercabut manakala bekalan bekalan elektrik terputus.

Antara kawasan yang terlibat adalah di Butterworth, Tasek Gelugor, Teluk Air Tawar, Mak Mandin, Sungai Dua, Kepala Batas dan Seri Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian bumbung tercabut di 59 buah rumah dan kerosakan cermin hadapan di sebuah institusi kewangan.

“Kita juga menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki yang cedera dihempap sebatang pokok ketika menunggang motosikal di Jalan Lubuk Meriam, Tasek Gelugor. Mangsa telah dihantar ke Hospital Kepala Batas,” katanya di sini tadi. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN