56 ADUN Johor angkat sumpah - Utusan Malaysia

56 ADUN Johor angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 28 Jun – Seramai 56anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor mengangkat sumpah di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker yang baharu dilantik, Suhaizan Kaiat dengan didahului Menteri Besar, Datuk Osman Sapian sebelum diikuti 10 anggota Exco dan disusuli kesemua ADUN daripada Pakatan Harapan, Bebas, Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi mengangkat sumpah Timbalan Speaker yang baharu, Gan Peck Cheng, yang juga ADUN Penggaram.

Pakatan Harapan mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), manakala BN mendapat 19 kerusi dan Pas satu kerusi.

Walau bagaimanapun, tiga ADUN BN daripada UMNO, iaitu ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari; ADUN Sedili, Rasman Ithnain dan ADUN Endau, Alwiyah Talib kemudian mengumumkan bertindak keluar UMNO pada 12 Mei lalu dengan menjadi ADUN Bebas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini