TANGKAK 18 Jun – Lebih 5,000 hadir di Rumah Terbuka Hari Raya Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir di Dewan Serbaguna Pekan Bukit Gambir di sini sebentar tadi. Rumah terbuka ADUN Gambir, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Dalam Negeri itu bermula pukul 9 pagi dan selesai kira-kira pukul 1 petang. Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak pelbagai kaum selain beramah mesra dengan tetamu. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya