50 pendatang lemas di Laut Mediterranean - Utusan Malaysia

50 pendatang lemas di Laut Mediterranean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNISIA 3 Jun- Lebih daripada 50 pendatang lemas di Laut Mediterranean yang kebanyakkan di luar pantai Tunisia dan Turki ketika Itali telah mengubah polisi perairannya.

Pihak berkuasa Tunisia berkata, sebanyak 48 mayat ditemukan di pantai selatan negara itu, dekat dengan bandar Sfaz manakala 68 lagi telah diselamatkan.

“ Bot tersebut mempunyai kapasiti maksmimum 75 sehingga 90 orang tetapi lebih daripada 180 antara kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“ Ketika bot bocor dimasuki air, beberapa penumpang melompat ke laut dan lemas,” ujar mangsa rakyat Tunisia berasal daripada Wilayah Selatan Gabes yang terselamat kepada AFP.

Sementara itu, Mohammed Salah Sagaama dari pangkalan tentera laut Sfax berkata, jumlah kematian terbaharu itu dimaklumkam pukul 7 malam waktu tempatan selepas operasi dan menyelamat berakhir.

Pencarian bagi mangsa yang terselamat akan diteruskan pada pagi hari ini.

Rakyat Tunasia dan pendatang sering mencuba menyeberangi Mediterranean untuk memulakan hidup baru di Eropah dengan kira-kira 120 telah diselamatkan oleh tentera laut pada Mac lalu apabila sampai di Itali.

Oktober lalu, perlanggaran antara kapal pendatang dan kapal tentera Tunisia menyebabkan sekurang-kurangnya 44 orang terkorban dan Perdana Menteri, Youssef Chahed mengelarnya ‘bencana kebangsaan’.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini baru-baru ini berkata, pertimbangan yang pratikal diperlukan untuk menghentikan negara itu terus menjadi ‘kem pelarian Eropah’ selepas membuat lawatan di sebuah pusat migran di Selatan.

Beliau yang baru dilantik dalam kerajaan gabungan Itali telah berkunjung ke Sicily , sebuah negara yang menjadi lokasi utama pendatang asing dengan beliau yang dikenali sebagai pemimpin tegar Liga anti-pendatang.

“ Itali dan Silicy tidak boleh menjadi kem pelarian pendatang asing,” katanya di hadapan sekumpulan penyokong.

Katanya lagi, tidak ada sesiapa akan mengambil kepercayaannya bahawa pendatang asing adalah perniagaan dan melihat orang yang mengaut keuntungan membuatkannya marah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini