KABUL 20 Jun – Lebih daripada 5.2 juta pelarian Afghanistan pulang ke negara ini, menurut laporan agensi berita Xinhua memetik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai berkata hari ini. Semalam, Menteri Hal Ehwal Pelarian dan Penghantaran Pulang, Sayed Hussain Alemi Balkhi berkata kira-kira enam juta rakyat Afghanistan hidup sebagai pelarian. Daripada angka berkenaan, kira-kira lima juta pelarian tinggal di Pakistan dan Iran, manakala selebihnya di negara lain.…










