46 migran lemas di perairan Yemen - Utusan Malaysia

46 migran lemas di perairan Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 7 Jun – Sebanyak 46 orang migran mati lemas manakala 16 lagi hilang selepas bot dinaiki mereka karam di luar perairan Yemen, semalam.

Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 100 orang pendatang bersesak-sesak menaiki sebuah bot pemerdagangan manusia yang berlepas dari pelabuhan Bossasi di Somalia, malam kelmarin.

Bot dinaiki mereka bagaimanapun terbalik selepas dipukul ombak besar di Teluk Aden kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan semasa menghampiri destinasinya. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini