3,602 kes kemalangan dengan 27 kematian dicatatkan di Selangor sepanjang Op Selamat 13 - Utusan Malaysia

3,602 kes kemalangan dengan 27 kematian dicatatkan di Selangor sepanjang Op Selamat 13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sebanyak 27 kematian dengan 3,602 kemalangan dicatatkan di Selangor sejak Op Selamat 13 dilancarkan sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 8 Jun lalu sehingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor (JSPTS), Superintendan Azman Shari’at berkata, 27 kematian berkenaan melibatkan 26 kes kemalangan sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, kematian tertinggi membabitkan penunggang motosikal, seramai 13 orang, kereta (8), lori (2) dan teksi serta pembonceng motosikal masing-masing dengan seorang dan tiga orang.

“Berdasarkan pecahan mengikut daerah, Klang Utara menyaksikan tiga kematian, Sabak Bernam (3 kematian), Ampang Jaya (5), Gombak (4), Kuala Selangor (4), Kuala Langat (2) dan Kajang dua kematian.

“Manakala Hulu Selangor pula satu kematian, Klang Selatan (2) dan Sepang (1),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 Azman berkata, sebanyak 27,982 keping saman atas pelbagai kesalaham dikeluarkan pihaknya sepanjang lapan hari tempoh Op Selamat dilaksanakan.

 Sebelum ini, media melaporkan Polis Selangor akan memberi tumpuan kepada 63 ‘blackspot’ yang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlakunya kemalangan dalam Op Selamat Aidilfitri tahun ini.

Kata Azman, antara lokasi itu ialah Lebuh Raya Duke, Lebuh Raya MEX, Jalan Sungai Buloh-Jalan Kuala Selangor, Lebuh Raya Guthrie dan Lebuh Raya Selat Klang Utara. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN