30 maut bas jatuh jambatan - Utusan Malaysia

30 maut bas jatuh jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

kegembiraan sekumpulan penganut agama Hindu untuk mengunjungi Kuil Sai Baba di Shirdi, India dengan menaiki bas bertukar menjadi tragedi apabila 30 penumpang maut selepas kenderaan berkenaan terjatuh daripada jambatan berhampiran Osmanabad sebelum tiba di destinasi pada 16 Jun tahun 2012.

Jarak perjalanan dari Osmanabad ke Shirdi kira-kira 280 kilometer.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, mangsa yang maut berusia antara 25 hingga 40 tahun, manakala 16 penumpang lain mengelami kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa yang cedera dirawat di beberapa hospital di Osmanabad dan Sholapur dan kebanyakan mangsa cedera parah.

Bas persendirian milik sebuah agensi pelancongan yang didaftarkan di Karnataka itu memulakan perjalanannya dari Hyderabad, Telangana sekitar pukul 8 malam pada hari Jumaat, 15 Jun 2012 dengan membawa seramai 46 penumpang termasuk pemandu.

Seramai 13 daripada penumpang berkenaan merupakan pekerja syarikat Tata Consultancy Services yang mana sebahagian mereka adalah pelatih baharu yang baru menamatkan latihan selama tiga bulan di Hyderabad.

Pelatih berkenaan mahu mengunjungi kuil berkenaan bagi melahirkan kesyukuran selepas diterima bekerja di syarikat itu.

Sembilan daripada mereka mati dalam kemalangan berkenaan.

Mata silau

Pemandu bas berkenaan mendakwa kemalangan itu berlaku ekoran matanya silau akibat cahaya lampu daripada sebuah kenderaan bertentangan menyebabkan bas itu hilang kawalan.

Bagaimanapun, pihak berkuasda turut menyiasar kemungkinan pemandu berada dalam keadaan mabuk.

Ketika kejadian, bas berkenaan sedang menyeberangi sebuah jambatan sempit berdekatan Kampung Naldurg sebelum terjunam daripada jambatan setinggi kira-kira 10 meter itu.

Jambatan berkenaan tidak mempunyai penghadang jalan di sisinya.

Ketua Polis Osmanabad, Ravindrasingh Pardeshi berkata, bas itu terbalik sekurang-kurangnya dua kali selepas terjunam daripada jambatan.

Seorang penumpang wanita berkata, kebanyakan penumpang sedang tidur semasa kejadian dan terkejut selepas mendengar bunyi dentuman yang kuat.
“Saya kemudian memanjat tebing untuk mendapatkan bantuan, namun tiada kereta yang berhenti.

“Kami kemudian berjalan kaki menuju ke balai polis berhampiran untuk melaporkan mengenai kejadian itu,” dakwanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini