KOTA BHARU 11 Jun – Seramai 28 penarik beca yang masih aktif khususnya di bandar ini menerima bantuan sara hidup sebanyak RM600 seorang daripada Kerajaan Pas Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Datuk Mejar (B) Md. Anizam Abd. Rahman berkata, sumbangan tersebut adalah yang kali kedua disampaikan selepas bantuan sara hidup pertama pada 15 Mac lalu. Beliau berkata, penyampaian bantuan yang melibatkan kos sebanyak RM16,800 itu…










