27 muka baharu dilantik Ahli Majlis MBPP, MPSP - Utusan Malaysia

27 muka baharu dilantik Ahli Majlis MBPP, MPSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 28 Jun – Seramai 15 daripada 24 muka baharu dilantik sebagai Ahli Majlis di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk tempoh 18 bulan bermula 1 Julai ini hingga 31 Di­sember tahun depan.

Turut dilantik untuk tempoh yang sama ialah seramai 12 ahli majlis baharu daripada 24 kuota yang diperuntukkan di bawah Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Tarikh angkat sumpah bagi jawatan Ahli Majlis MPSP dija­dual pada 2 Julai ini manakala Ahli Maj­lis MBPP pula akan mengangkat sumpah sehari kemudian.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo dalam pada itu berharap agar ahli-ahli majlis yang dilantik memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan selepas ini.

“Saya menaruh harapan agar mereka (ahli-ahli majlis) dapat menjadi pelaksana kepada polisi-polisi atau dasar-dasar yang diper­kenalkan oleh kerajaan negeri.

“Ini penting bagi memboleh­kan proses penyampaian polisi atau dasar tersebut dapat dipertingkatkan pada peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT),” kata­nya kepada pemberita di sini, hari ini.

Turut berlangsung pada majlis yang sama ialah penyerahan sumbangan sebanyak RM425,000 kepada Tabung Harapan Malaysia oleh tiga buah syarikat tempatan iaitu Perusahaan Sindi Sdn. Bhd., Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) serta Kumpulan Iconic.

Hadir sama, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; wa­kil-wakil syarikat ber­kenaan serta beberapa Exco Kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Jagdeep mahu Ahli-ahli Majlis MBPP dan MPSP yang baharu dilantik belajar dengan cepat daripada ahli-ahli majlis yang lebih berpengalaman dalam memainkan peranan mereka sebagai anggota PBT.

“Pada masa yang sama, saya juga berharap agar mereka dapat menyalurkan input-input yang penting kepada rakyat selain memaklumkan input yang diperoleh kepada kerajaan negeri untuk dipertingkatkan perkhidmatan pada masa depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN