KIRA-KIRA 20 daripada 100 pengguna jalan raya di negara ini dikesan berhadapan dengan masalah `mental’ kerana didapati mengamalkan pemanduan agresif berpunca daripada pelbagai faktor. Maka dalam kiraan mudah, ini bermakna hampir 200,000 daripada sejuta pemandu dan penunggang di negara ini boleh dikategorikan dalam kumpulan sakit. Jumlah ini amat membimbangkan kerana kehadiran pemandu dan penunggang jalan raya sebegini boleh mendatangkan bahaya sekali gus membawa ancaman keselamatan kepada pengguna jalan raya lain…










