20 barangan kawalan sempena Aidilfitri di Terengganu - Utusan Malaysia

20 barangan kawalan sempena Aidilfitri di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu menyenaraikan 20 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena hari raya Aidilfitri tahun ini.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd. Kia berkata, kawalan itu berkuatkuasa bermula kelmarin sehingga 22 Jun depan bagi tempoh 15 hari perayaan tersebut.

“Skim ini berkuatkuasa selama tujuh hari sebelum perayaan, satu hari raya dan tujuh hari selepas itu.

“Penentuan harga maksimum telah dibuat di peringkat pengeluaran bagi ayam dan telur ayam, borong serta barangan runcit dalam rantaian pengedaran mengikut kesesuaian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018 di Sabasun HyperRuncit, Wakaf Tembesu hari ini. 

Turut hadir, Setiausaha Pengarah Urusan Sabasun, Wan Zulaidi Wan Abd. Fatah.

Mengulas lanjut, Saharuddin berkata, para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang telah ditentukan oleh kerajaan dengan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu.

20 barangan harga terkawal di Terengganu terdiri daripada ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam (gred A,B,C), daging lembu tempatan, daging kerbau import India, cili merah, tomato, kubis bulat import, kelapa biji (peringkat pemborong), kelapa parut (peringkat runcit), bawang merah kecil India, bawang putih China, bawang besar import, ubi kentang import China, ikan kembung termasuk ikan mabung, ikan selayang dan ikan tongkol. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN