BESUT – Sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka cedera parah selepas motosikal yang ditunggang keluarga itu dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang dari bazar Ramadan di Jalan Kampung Tempinis, Jabi di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Mat Halimi Ibrahim, 31, yang bekerja sebagai buruh mati di tempat kejadian manakala isterinya, Nik Malini Nik Omar, 31, yang membonceng motosikal itu disahkan meninggal dunia ketika…









