KUALA LUMPUR 22 Jun – Dua lelaki bermotosikal menyamun wang tunai RM17,500 dari sebuah bank di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini petang tadi. Ketika kejadian pukul 3.56 petang itu, seorang daripada suspek yang bertopi keledar dan menutup muka meluru masuk ke dalam bank manakala seorang lagi rakannya yang menunggang motosikal menunggu di luar. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, sebaik sahaja memasuki bank, suspek…










