2 kementerian pantau harga barang - Utusan Malaysia

2 kementerian pantau harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 1 Jun – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bekerjasama menjalankan penguatkuasaan bagi memantau bekalan dan harga barangan keperluan menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, kerjasama itu bagi membolehkan penguatkuasaan dijalankan secara bersepadu walaupun belum ada Menteri dilantik bagi menerajui KPDNKK.

Katanya, perkara itu telah dibawanya dalam mesyuarat Kabinet semalam dan mendapat maklum balas positif daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Perkara ini telah selesai, walaupun tiada lagi Menteri… Perdana Menteri telah ambil tindakan menggunakan kuasa yang ada dengan penguatkuasaan akan dilakukan oleh Ketua Ketiausaha (KSU) kedua-dua kementerian berkenaan.

“KSU kedua-dua kementerian tersebut juga telah mengadakan mesyuarat untuk menjalankan penguatkuasaan (bagi mengesan) sekiranya berlaku peniaga menaikkan harga barangan keperluan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya selepas menyampaikan bantuan berupa barangan kepada 51 penduduk kurang berkemampuan dalam Program Bingkisan Ramadan di Surau Al Amin Kampung Pasir, Tampoi, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN