2.5 juta notis kesalahan trafik DBKL masih tertunggak - Utusan Malaysia

2.5 juta notis kesalahan trafik DBKL masih tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Sebanyak 2.5 juta notis kompaun kesalahan trafik masih belum dijelaskan orang awam kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga 31 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Fadzilah Abd. Rashid berkata, bagi mengelakkan pesalah dibawa ke mahkamah dan disenarai hitam, mereka dinasihatkan membuat bayaran sebelum 30 Jun ini.

“Urusan pembayaran boleh dilakukan melalui kaunter bayaran DBKL, kaunter pejabat cawangan DBKL, kiosk pembayaran di Menara DBKL 1 Jalan Raja Laut, Menara DBKL 3 (Wawasan), Pejabat Cawangan Seputeh dan Projek Perumahan Rakyat Desa Rejang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembayaran juga boleh dilakukan di semua kaunter pejabat Pos Malaysia atau secara dalam talian di laman web, www.myeg.com.my atau aplikasi Mobis yang boleh dimuat turun melalui Play Store (android) atau App Store (iOS),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, orang ramai diminta mengambil peluang untuk membuat bayaran sebelum tempoh kadar khas kompaun berakhir.

Pada Februari lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz memaklumkan, DBKL melanjutkan tempoh diskaun bayaran kompaun kepada pesalah trafik sehingga 30 Jun ini.

Katanya, pesalah trafik diberikan diskaun kompaun lalu lintas sebanyak RM50 untuk kesalahan melibatkan kenderaan berat, RM30 untuk kereta dan RM20 untuk motosikal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini