KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan menanggung dosa besar sekiranya syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membiayai jemaah haji dengan dana yang dicuri.
Ujar beliau, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad silap kerana mendakwa wang digunakan oleh 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji adalah
hasil curi.
“Dr. Mahathir kerap membuat dakwaan duit dicuri daripada 1MDB. Bagaimana agaknya 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri untuk membolehkan syarikat itu membiayai jemaah haji?
“Jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam kelima ini adalah daripada sumber halal kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya,” katanya menerusi laman Facebook beliau petang semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…











