1MDB kesan kegagalan kerajaan BN - Utusan Malaysia

1MDB kesan kegagalan kerajaan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai kesan kegagalan ke­pimpinan kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, meskipun terdapat peraturan, meka­nisme tadbir urus dan sistem pelaporan, ia berlaku kerana terdapat segelintir pemimpin yang mengabaikan prinsip integriti dan tidak melaksana­kan tanggungjawab dengan baik sehingga menyebabkan kegagalan dalam pentadbiran.

“Di Amerika Syarikat, kita dapat melihat skandal penyelewengan Enron dan di negara ini ada skandal 1MDB.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala undang-undang di dunia tidak akan dapat membantu sekiranya individu yang diamanahkan untuk menguatkuasakannya tidak telus.

“Walaupun terdapat pelbagai mekanisme termasuk peraturan dan undang-undang, namun semua itu gagal kerana individu di belakang skandal ini berhenti mende­ngar suara hati nurani mereka serta terikut-ikut rasa tamak,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini