1MDB: Jangan tuduh sebelum dibuktikan bersalah - Bekas MB Terengganu - Utusan Malaysia

1MDB: Jangan tuduh sebelum dibuktikan bersalah – Bekas MB Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menasihatkan semua pihak  tidak membuat sebarang spekulasi terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir berkata, siasatan harus diserahkan sepenuhnya kepada SPRM atau badan  siasatan bebas lain yang berkaitan sebelum menuduh individu tertentu bertanggungjawab terhadap skandal yang berlaku kepada syarikat pelaburan strategik itu.

“Saya percaya dan yakin syarikat 1MDB ditubuhkan untuk membuat pelaburan dan sudah tentu setiap pelaburan ada untung dan rugi.. yang penting kita jangan buat keputusan awal sebelum dapat bukti siasatan yang dijalankan oleh SPRM dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

“Jika ada pihak yang bersalah kita serah pada SPRM untuk diberikan hukuman cuma kita jangan malukan orang-orang tertentu tanpa tahu cerita sebenarnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Seberang Takir di Dataran Permata di sini hari ini.

Turut hadir, isteri, Toh Puan Seri Harlina Zakaria, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Abdul Rahman. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini