17,109 penjawat awam di Selangor bakal nikmati satu bulan gaji 25 Jun ini - Utusan Malaysia

17,109 penjawat awam di Selangor bakal nikmati satu bulan gaji 25 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 17,109 penjawat awam di Selangor tersenyum gembira apabila kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak satu bulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan khas juga akan diberikan kepada seramai 755 kakitangan di tujuh jabatan Persekutuan di Selangor yang turut menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

“Pembayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan kakitangan Persekutuan berkenaan akan dibuat serentak pada 25 Jun ini.

 “Peruntukkan ini dibayar selepas Aidilfitri berikutan kita tidak mahu penjawat awam berbelanja berlebihan ketika menyambut hari raya. Berbelanjalah dengan berhemah,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rapat Ramadan bersama Menteri Besar Selangor di Dewan Jubli Perak, SUK di sini sebentar tadi.

 Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, sebanyak 10 peratus daripada bantuan khas kewangan yang dinikmati penjawat awam gred 44 akan dipotong dalam usaha membantu meringankan hutang negara. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN