11 ketua bahagian UMNO jadi rebutan - Utusan Malaysia

11 ketua bahagian UMNO jadi rebutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 28 Jun – Pemilihan UMNO bahagian di Kedah, Sabtu ini menyaksikan 11 mesyuarat perwakilannya berlaku pertandingan di peringkat jawatan ketua sementara empat calon menang tanpa bertanding termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Padang Terap.

Selain itu di Alor Setar jawatan berkenaan kini turut disandang oleh, Datuk Mohd. Yusof Ismail yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai) dan Datuk Hashim Jahaya (Kuala Kedah) yang juga Ketua Penerangan UMNO bahagian.

Sementara pertandingan tiga bahagian dianggap sengit yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru iaitu di Pendang, Kubang Pasu dan Kulim-Bandar Baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Pendang, penyandang jawatan itu, Datuk Md. Rozai Shafian dicabar bekas Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Datuk Suraya Yaacob dan timbalannya, Datuk Shamsudin Tahir.

Sementara di Kubang Pasu pula, menyaksikan pertembungan antara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar, Setiausaha Bahagian UMNO Kubang Pasu, Datuk Samsudin Ahmad dan Timbalan Ketua UMNO bahagian Kubang Pasu, Zulfitri Yaccob serta di Kulim-Bandar Baharu, antara Mansor Mahamood, Naib Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Datuk Muhar Hussain dan Datuk Yahaya Hassan.

Pertandingan satu lawan satu berlaku di lapan bahagian termasuk Langkawi, Jerlun, Pokok Sena, Sik, Baling, Sungai Petani, Merbok dan Padang Serai. 

Namun antara bahagian yang dijangka menjadi tumpuan ialah, Jerlun apabila pemangku jawatan itu, Datuk Abu Hasan Sarif dicabar oleh naibnya, Datuk Othman Aziz, Baling, Datuk Seri Abdul Azeez yang ditentang muka baharu, Syamsuddinor Shaari dan Langkawi antara penyandangnya, Datuk Nawawi Ahmad dan timbalannya, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid. 

Pemilihan UMNO pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) juga menyaksikan sekurang-kurangnya lima ketua bahagian membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan itu termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah (Alor Setar), Datuk Seri Mohd. Johari Baharom (Kubang Pasu) dan Datuk Tajul Urus Md. Zain (Merbok).

Mesyuarat perwakilan bahagian pada 30 Jun ini dijangka membabitkan 11, 898 pewakilan di seluruh negeri ini.

Senarai menang tanpa bertanding Ketua UMNO Bahagian 

1.Kuala Kedah

Datuk Hashim Jahaya 

2.Padang Terap

Datuk Seri Mahdzir Khalid (penyandang)

3.Alor Setar

Datuk Mohd. Yusof Ismail 

4.Jerai

Datuk Seri Jamil Khir Baharom (penyandang)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini