JOHOR BAHRU 25 Jun – Seramai 10 daripada 26 ketua UMNO bahagian di negeri ini menang tanpa bertanding pada pemilihan parti bagi penggal 2018 -2021. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md. Jais Sarday berkata, sembilan daripada mereka mempertahankan jawatan masing-masing, manakala seorang merupakan muka baharu, iaitu Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi. Menurutnya, sembilan ketua bahagian yang tiada pertandingan ialah Pagoh (Ismail Mohamed), Ledang (Datuk Ir Hamim Samuri), Muar (Datuk…










