PARIS 28 Jun – Para hakim Perancis mengarahkan sembilan lelaki dan seorang wanita disiasat selepas disyaki terbabit dalam merancang serangan terhadap penduduk Muslim di negara itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Suspek yang masing-masing berusia 32 hingga 69 tahun, dipercayai merancang serangan terhadap beberapa sasaran termasuklah golongan imam.
Sebanyak 36 senjata, buku panduan tentang bagaimana mahu membuat bahan letupan sendiri dan produk yang boleh digunakan bagi membuat bahan letupan ditemukan apabila kesemua suspek ditahan pada minggu lalu di beberapa lokasi.
“Kumpulan itu juga cuba merekrut anggota baharu dan memperluaskan rangkaiannya di beberapa wilayah,” kata kenyataan dikeluarkan oleh pejabat pendakwa raya. – REUTERS











