Zidane wira, benam Brazil di laman sendiri - Utusan Malaysia

Zidane wira, benam Brazil di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZINADINE ZIDANE diangkat sebagai wira Perancis selepas berjaya meledakkan dua gol ketika menewaskan Brazil 3-0 dalam aksi final Piala Dunia 1998, sekali gus menghadiahkan kejuaraan pertama buat pasukan Les Bleus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam aksi di Stade de France, Saint-Denis, dua gol dihasilkan pada babak pertama, disusuli jaringan Emmanuel Petit pada babak kedua.

Turun berdepan juara tiga kali Piala Dunia itu yang dibarisi Ronaldo, Rivaldo, Bebeto, Roberto Carlos, Denilson, Dunga dan ramai lagi namun semangat bermain di laman sendiri nyata memberi kelebihan kepada pasukan Perancis.

Digelar sebagai ‘Generasi Emas’, pasukan Perancis dibarisi Zidane, Lilian Thuram, Marcel Desailly, Laurent Blanc, Youri Djorkaeff, Fabien Barthez dan ramai lagi.

“Ini adalah salah satu saat termanis dalam hidup saya, tapi saya tidak berfikir Brazil membenci saya untuk itu. Setiap kali saya datang ke sana, saya selalu diterima dengan baik,” katanya.

Peminat-peminat Perancis merayakan kemenangan itu di Arc de Triomphe,Julai dengan poster-poster Zidane yang bertuliskan Merci Zizou! bermaksud legenda tercipta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN