Zeti terima Anugerah William 'Bill' Seidman - Utusan Malaysia

Zeti terima Anugerah William ‘Bill’ Seidman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz diberikan pengiktirafan menerusi Anugerah William “Bill” Seidman bagi Pencapaian Sepanjang Hayat Kepimpinan dalam Industri Perkhidmatan Kewangan 2018 sempena Sidang Kemuncak Masa Depan Kewangan 2018 anjuran The Asian Banker.

The Asian Banker, yang berpangkalan di Singapura dan menjalankan aktiviti memfokuskan penerbitan, forum dan perkhidmatan penyelidikan merupakan penyedia paling berwibawa di rantau ini bagi kepintaran perniagaaan strategik kepada komuniti perkhidmatan kewangan.

Dalam kenyataan hari ini, The Asian Banker berkata, anugerah diberikan pada majlis yang berlangsung di Aman Summer Palace di Beijing, China itu adalah untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan sepanjang hayat Zeti dalam membentuk BNM menjadi pihak berkuasa pengawalseliaan yang bebas dan dihormati serta pembangunan industri perkhidmatan kewangan di Malaysia.

“Beliau merupakan antara pengawal selia bank yang paling dihormati dari Asia dan beliau ialah wanita pertama berkhidmat sebagai gabenor bank pusat di Malaysia selain individu kedua paling lama berkhidmat, iaitu selama 16 tahun sejak 2000 sehingga persaraannya pada 2016,” menurut The Asian Banker. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN