Willian diuji keserasaian dengan Neymar, Jesus - Utusan Malaysia

Willian diuji keserasaian dengan Neymar, Jesus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERESOPOLIS, Brazil – Jurulatih Brazil Tite memberi bayangan Willian bakal mengiringi Neymar dan Gabriel Jesus selaku jentara serangan dalam kesebelasan utama mereka bagi berdepan aksi persahabatan menentang Crotia dan Austria menjelang kempen Piala Dunia 2018 Rusia.


Memuatkan artikel berkaitan…

Willian menjalani latihan bersama dua bintang penyerang tersebut selama satu jam dalam sesi latihan pertama mereka di Granja Comary Teresopolis dekat Rio de Janeiro.

Tite bagaimanapun tidak menggunakan pemain tengah utamanya untuk beraksi bersama trio tersebut. Dia hanya menggunakan pertahanan Marquinhos dan Miranda sepanjang tempoh tersebut, dengan meletakkan bekas kapten Thiago Silva di bangku simpanan buat sementara waktu.

Jika Willian sah diturunkan dalam pasukan utama, Tite mungkin akan menyingkirkan Renato Augusto dalam kesebelasan utama dan meletakkan Philippe Coutinho di kedudukannya, sekali gus menjadikan kedudukan pemain Chelsea itu lebih terbuka.

Sejak tahun lalu, Tite memerlukan nadi utama dan menganggap Coutinho merupakan salah satu pilihan utamanya untuk memainkan peranan tersebut.

Pemain Beijing Guoan, Augusto berada dalam tekanan selepas persembahan tidak menentu di bahagian tengah Brazil.

Posisi Augusto juga diintai Fred, salah satu kejutan daripada skuad Tite.

Pemain tengah itu mengagumi pemain Brazil yang memulakan Piala Dunia di bangku simpanan dan kemudian diserap dalam barisan utama seperti Mazinho (1994) dan Kleberson (2002).

“Kami boleh mengambil inspirasi daripada mereka, pemain tersebut bekerja keras semata-mata ingin diturunkan. Namun jika saya disisihkan, saya tetap mahu bekerja keras,” ujar pemain Shakhtar Donetsk, Fred.

Fred turut dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City atau Manchester United.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN