Weinstein didakwa rogol, serang wanita - Utusan Malaysia

Weinstein didakwa rogol, serang wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 25 Mei – Penerbit filem paling berpengaruh di Hollywood, Harvey Weinstein didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan merogol dan melakukan jenayah seks terhadap dua wanita pada 2013 dan 2004.

Memuatkan artikel berkaitan…

Harvey Weinstein (tengah) yang dituduh merogol dan melakukan jenayah seks tersenyum semasa dibawa ke Mahkamah Manhattan, hari ini. – AFP

Weinstein yang tangannya digari dilihat tersenyum semasa dibawa ke mahkamah Manhattan dan bersetuju dengan ikat jamin wang tunai AS$1 juta (RM4 juta) selain diarah memakai alat GPS untuk pemantauan.

Pejabat Peguam Manhattan memaklumkan penerbit itu dituduh merogol dan menyerang seorang wanita pada 2013 dan melakukan jenayah seks terhadap seorang lagi wanita pada 2004 namun nama kedua-dua mangsa tidak didedahkan.

Karier Weinstein musnah ekoran pelbagai tuduhan yang dicetuskan melalui pergerakan #MeToo hampir lapan bulan lalu.

Peguam Ben Brafman yang mewakili Weinstein berkata, pihaknya akan segera mengetepikan tuduhan itu kerana percaya tuduhan itu tidak disokong dengan bukti. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN