Warga emas temui ajal dalam kereta - Utusan Malaysia

Warga emas temui ajal dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG 13 Mei – Seorang warga emas meninggal dunia di dalam kereta miliknya yang diletakkan di hadapan Dewan Majlis Daerah Machang di sini hari ini.

Mangsa, Mohamed Yusoff,70, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam pada pukul 3.25 petang sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Dzulkifli Abdul Ghani ketika dihubungi berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam yang mengatakan seorang warga emas

meninggal dunia di dalam kereta jenis Proton Wira berwarna merah.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan telah memangil orang ramai untuk menghantarnya ke hospital.

“Dalam masa sama, mangsa dilihat batuk dan muntah darah oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada Hospital Machang untuk bedah siasat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×