SUNGAI PETANI – Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun cedera dikelar pada tangan manakala anak perempuannya berusia 38 tahun mengalami kecederaan ringan dalam kejadian ragut yang berlaku kira-kira pukul 10 malam di Jalan Petri Pekan Lama pada 25 Mei lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Sazalee Adam berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang menuju ke arah motosikal mereka sebelum didatangi sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang dinaiki dua…










