HULU SELANGOR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini menangkis dakwaan anaknya Nurul Izzah Anwar akan dijodohkan dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. “Astagfirullahaladzim. Jangan percaya khabar angin,” kata Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau dilihat mengurut dada dan terkejut dengan soalan berkenaan, namun mampu tersenyum ketika ditemui media selepas melawat Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bharu dekat sini hari…











