SEREMBAN 13 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan wakil rakyat UMNO yang melompat parti sebagai ‘tikus’ dan hanya memikirkan kepentingan diri selepas parti tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Bagaimanapun, beliau melihat tindakan segelintir pemimpin yang berbuat demikian dengan menyertai Pakatan Harapan dari sudut positif kerana dapat membersihkan UMNO dari dalam. “Apabila kapal pecah, bertempiaranlah tikus lari menyelamatkan diri. Situasi seperti ini bagus…










