[VIDEO] SRC: Najib disiasat 7 jam - Utusan Malaysia

[VIDEO] SRC: Najib disiasat 7 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atasnya berhubung kes penyelewengan SRC International Sdn. Bhd. telah selesai dijalankan.


Video oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH dan RASHID MAHFOF

Bekas Perdana Menteri berkata, proses siasatan itu selesai selepas hampir tujuh jam beliau memberi keterangan untuk kali kedua di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

“Saya telah pun memberi pe­ne­rangan pada hari kedua kepada SPRM bermula dari pukul 10 pagi hingga 4.30 petang dan diberikan masa berehat selama 30 minit untuk solat zuhur.

“Saya sudah menjawab semua soalan dengan sebaik-baik­nya, SPRM juga sudah melakukan kerjanya dengan profesional dan baik. Mereka berkata sesi penerangan sudah pun selesai,” katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut sama ada beliau akan dipanggil semula selepas ini, Najib hanya tersenyum dan beredar dengan menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih.

Terdahulu, Najib yang tiba dengan berpakaian bersut hitam kemudian dilihat masuk ke lobi ibu pejabat SPRM pada pukul 9.45 pagi.

Kelmarin, Najib telah dipanggil untuk memberi keterangan di lokasi sama selepas SPRM menyerahkan notis kepada beliau agar hadir ke pejabat suruhanjaya tersebut bagi memberikan keterangan berhubung siasatan skandal penyelewengan dalam SRC International iaitu anak syarikat 1Malaysia Development (1MDB).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN