UTC di seluruh negara ditutup empat hari - Utusan Malaysia

UTC di seluruh negara ditutup empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 10 Mei – Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan menutup operasi bermula hari ini hingga Ahad ini.

Menurut Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan, penutupan itu adalah selaras dengan pengumuman Ketua Setiausaha Negara bahawa kerajaan telah menetapkan hari ini dan esok sebagai hari kelepasan am di seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Bagi negeri-negeri yang menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan maka Ahad ini ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Semua UTC tersebut akan beroperasi semula seperti biasa pada Isnin ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, penutupan itu tidak melibatkan UTC di Sarawak kerana Pejabat Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan untuk menutup operasi pusat tersebut bermula 17 Mei hingga 20 Mei ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×