Usul mansuh Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dibentang Jun - Utusan Malaysia

Usul mansuh Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dibentang Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Usul untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dijangka dibentangkan pada sidang pertama Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung pada 25 Jun depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, kementeriannya sedang dalam proses menyediakan dokumentasi dan proses pemansuhan itu akan mengambil masa sehingga tiga bulan untuk dilengkapkan.

Katanya, sekiranya usul tersebut tidak sempat untuk dilengkapkan pada sidang pertama, ia akan dibawa ke sidang seterusnya.

“Kita perlu meneliti tiga perkara sebelum memansuhkan akta ini termasuk sama ada terdapat orang yang telah ditangkap melalui akta ini, sekiranya terdapat individu yang telah dituduh dan apa yang berlaku serta sekiranya undang-undang ini tidak dipakai adakah terdapat undang-undang lain yang boleh diguna pakai.

“Kementerian sedang melihat kembali akta itu, serta mendapatkan pandangan dari Jabatan Peguam Negara. Ini bukan satu proses yang mudah, sekiranya tidak sempat ia akan dibawa pada sidang Parlimen akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Wisma Bernama di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini