UMNO ucap tahniah kepada Kabinet baharu - Utusan Malaysia

UMNO ucap tahniah kepada Kabinet baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan atas pembentukan Kabinet baharu dengan kesemua menteri yang dilantik telah memulakan tugas masing-masing.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, partinya berharap Kabinet baharu yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik demi kepentingan negara dan rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata, UMNO serta Barisan Nasional (BN) akan memainkan peranan sebagai pembangkang untuk memantau setiap tindakan kerajaan terutama bagi melunaskan segala janji-janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi pihak pembangkang, UMNO dan BN merasakan bahawa sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tentulah rakyat mengharapkan segala janji-janji mereka dalam manifesto terutamanya untuk 100 hari pertama dapat dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat bulanan MT UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN