HARI Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja atau lebih sinonim dengan World OSH Day disambut pada 28 April setiap tahun di negara ini. Ia bertujuan bagi memperingati mangsa-mangsa yang terlibat dengan kemalangan dan mempromosikan langkah-langkah keselamatan di tempat kerja. Pertubuhan Buruh Antarabangsa melaporkan, kira-kira 6,400 orang maut akibat kemalangan di tempat kerja manakala lebih 860,000 cedera. Pekerja muda yang berusia 15 hingga 24 tahun adalah kelompok yang paling…








