UiTM tabur budi - Utusan Malaysia

UiTM tabur budi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT 22 Mei – Warga Universiti Tek­nologi MARA (UiTM) Kam­pus Segamat sentiasa bersedia memberi khidmat kepada masyarakat setempat termasuk berbakti untuk Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Segamat (PKAYIS).

Rektornya, Profesor Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar melahirkan rasa bangga atas kepekaan dan komitmen ditunjukkan pensyarah serta mahasiswa UiTM dalam memberikan sumbangan berterusan kepada anak yatim iaitu anggota masyarakat yang memerlukan.

“Mengambil contoh negara Jepun melalui agenda Masyarakat 5.0 ataupun Society 5.0 yang menjelaskan bahawa kejayaan membangunkan masyarakat terletak pada kerjasama antara institutisi pengajian tinggi (IPT) de­ngan industri dan masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, tanggungjawab ini sewajarnya dipikul UiTM Cawa­ngan Johor terhadap golongan anak yatim PKAYIS, golongan asnaf yang dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Motivasi Kecemerlangan Akademik, majlis penyerahan kompu­ter dan buku serta majlis penutup program Tuisyen NR X-Cellent di PKAYIS, di sini semalam.

Yang turut hadir Yang Dipertua PKAYIS, Taher Masri; Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni UiTM Kampus Segamat, Profesor Madya Dr. Saunah Zainon.

Menurutnya, para pensyarah UiTM Kampus Segamat juga me­ngadakan kelas-kelas tambahan dan program-program motivasi kepada anak-anak yatim di PKAYIS sejak 2013 lagi.

Katanya, bermula tahun ini, sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi yang dilahirkan melalui program NR X-Cellent akan mengadakan kelas tuisyen untuk anak-anak yatim tersebut melibatkan mata pelajaran bahasa Inggeris dan Matematik.

“Kita perlu membentuk matlamat sendiri kerana ianya menjadi hala tuju yang akan digunakan bagi mencapai matlamat, menjadi panduan bagi membuat pelbagai rancangan dan menjadi pendorong bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

“Program ini juga menyaksikan simbolik penyerahan lima buah komputer dari UiTM Cawa­ngan Johor Kampus Segamat dan penyerahan buku-buku rujukan serta latihan dari mahasiswa kepada semua penghuni rumah anak yatim ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN