KUALA LUMPUR- Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan pernah digam atau disekat daripada membuat persembahan di stesen televisyen TV3 sebelum ini. Siti, 39, berkata, beliau mungkin kurang muncul di saluran tersebut namun tidak timbul isu dia tidak dibenarkan muncul atau membuat persembahan untuk TV3 sebagaimana yang ditulis oleh anak tirinya, Ashraf Datuk Seri Khalid. “Saya masih muncul untuk program Melodi, contohnya beberapa hari sebelum bersalin. Ia sekali…










