KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics hari ini melancarkan TV QLED 2018 bagi pasaran tempatan yang boleh dibeli pengguna bermula esok pada harga RM8,489.
Presidennya, Yoonsoo Kim berkata, TV QLED 2018 didatangkan dengan beberapa teknologi eksklusif milik Samsung yang menjadikan televisyen tersebut terus menjadi pilihan utama pengguna sejak ia mula dilancarkan pada Mac lalu di New York, Amerika Syarikat.
“TV QLED 2018 merupakan televisyen Samsung yang paling canggih serta memiliki reka bentuk kontemporari, selari dengan gaya hidup pengguna. Saya percaya pengguna akan lebih menikmati rancangan yang ditonton selain tahap interaksi antara peranti dimiliki akan dipertingkatkan,” katanya pada majlis pelancaran TV QLED 2018 di Solaris Dutamas di sini hari ini.
Ketua Perniagaan Elektronik Pengguna Samsung, Jimmy Tan berkata, TV QLED 2018 dilengkapi dengan beberapa teknologi terkini, antaranya Direct Full Array, Anti-reflection, Q Engine dan Magic Screen.
Bukan itu sahaja, menurutnya, televisyen tersebut juga boleh dihubungkan dengan peranti SmartThings, selain pengguna turut berupaya mengakses pelbagai aplikasi menerusi TV QLED 2018.
Ujarnya, TV QLED 2018 didatangkan dalam tiga model iaitu Q9F 4K Smart QLED TV, Q8C 4K Curved Smart TV dan Q7F 4K Smart QLED TV.
“Q9F 4K Smart QLED TV boleh didapati dalam dua saiz iaitu 75 inci (“) yang berharga RM34,904 dan 65″ (RM18,866), manakala Q8C 4K Curved Smart TV yang bersaiz 65″ dijual pada harga RM16,980 dan 55” (RM9,433).
“Model Q7F 4K Smart QLED TV didatangkan pada saiz 75″ dengan harga RM31,131, saiz 65″ (RM15,093) dan 55″ (RM8,489),” katanya yang turut memberitahu, beberapa model Soundbar Samsung juga ditawarkan kepada orang ramai bermula harga RM1,225.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk televisyen dan audio Samsung, layari laman web www.samsung.com/my/tvs/gled-tv/highlights/ dan www.samsung.com/my/audio-video/.
Orang ramai yang ingin membeli TV QLED 2018 juga ditawarkan beberapa pakej hadiah bermula 4 hingga 6 Jun depan iaitu The Ultimate Care Package, Total Entertainment Solution dan The Perfect Gaming Companion.
Bagi mendpatkan maklumat lanjut berkenaan promosi ditawarkan pula, layari laman web www.samsung.com/my/offer/tv-launch-2018. – K! ONLINE









