RAMADAN tahun ini agak mencabar apabila menyaksikan institusi politik dan ekonomi Melayu mula dibaling dengan batu-batu kecil yang menuntut konsep kesamarataan diguna pakai dalam Malaysia ‘baharu’ pasca Pilihan Raya Umum Ke-14. Tidak sampai sebulan selepas tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN), seperti diramalkan, muncul banyak suara-suara mempersoalkan agensi berkaitan Islam, status bumiputera serta dasar yang berpihak kepada Melayu. Menganggap Dasar Ekonomi Baru (DEB) berakhir dan alasan bahawa pemimpin Melayu adalah korup,…










