Tujuh sekeluarga terperangkap akibat banjir diselamatkan - Utusan Malaysia

Tujuh sekeluarga terperangkap akibat banjir diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 25 Mei – Tujuh sekeluarga termasuk seorang wanita warga emas orang kurang (OKU) berjaya diselamatkan setelah terperangkap dalam rumah mereka yang dilanda banjir di Trong, Taiping hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.08 petang di Kampung Salak Baru, Trong.

Menurutnya, kejadian melibatkan seorang wanita warga emas OKU, dua kanak-kanak perempuan, seorang lelaki dewasa dan tiga perempuan dewasa.

Katanya, kesemua mangsa terperangkap di dalam rumah mereka yang dilanda banjir.

“Mereka tidak dapat keluar dari rumah apabila paras air mencecah 1.5 meter.

“Anggota bomba mengusung mangsa wanita OKU keluar dari rumah manakala mangsa yang lain dibawa ke tempat yang selamat,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa kemudiannya dipindahkan ke rumah saudara mara mereka yang terdekat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN