Tuah Roma ke Liga Juara-Juara - Utusan Malaysia

Tuah Roma ke Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMA – AS Roma bakal kembali beraksi pada saingan Liga Juara-Juara musim depan selepas skuad kendalian Eusebio Di Francesco itu berjaya meraih tempat kelompok empat pasukan terbaik Serie A ekoran kekalahan Inter Milan kepada Sassuolo awal pagi semalam.

Roma berisiko tersingkir daripada kedudukan empat teratas dalam dua perlawanan terakhir, namun kegagalan Nerazzurri mencipta kemenangan di halaman sendiri telah menyelamatkan mereka yang berada dalam situasi gen­ting tersebut.

Roma kini boleh mela­kukan sesuatu untuk kembali bangkit setelah mereka dikecewakan apabila tersingkir pada peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara musim ini kepada Liverpool.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wakil Serie A tersebut telah menunjukkan aksi yang luar biasa ketika berjaya melakukan kebangkitan berdepan Barcelona pada peringkat suku akhir, namun hasrat mereka musnah kepada Liverpool untuk mara ke pentas final di Kiev, Ukraine.

“Objektif utama kami adalah dapat beraksi pada Liga Juara-Juara kerana pertandingan tersebut sangat berprestij serta memberikan mentaliti yang baik kepada pemain.

“Ia bukanlah satu amaran kepada pasukan lain tetapi untuk semua pemain Roma agar mereka dapat mencapai apa yang diimpikan.

“Saya merasakan Ro­ma telah menunjukkan penampilan yang baik sejak tahun lalu, namun masih belum mampu untuk berada pada tahap seperti apa yang diinginkan,” kata Di Francesco. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×