WASHINGTON 25 Mei – Presiden Donald Trump mempertimbangkan untuk mengadakan semula persidangan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, walaupun baharu semalam membatalkannya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut Trump, AS sedang berhubung dengan Korea Utara dan memaklumkan, negara itu mahu mengadakan persidangan itu.
“Kita tengok apa yang akan berlaku,’’ kata Trump yang mengalu-alukan kesediaan Korea Utara untuk berbincang semula dengan AS `pada bila-bila masa’.
Beliau berkata, persidangan itu mungkin akan diadakan pada tarikh asal iaitu pada 12 Jun di Singapura. – AFP
habis.











