Trump jumpa Jong-un 12 Jun ini - Utusan Malaysia

Trump jumpa Jong-un 12 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin memaklumkan beliau akan bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un buat pertama kalinya dalam sidang kemuncak bersejarah di Singapura pada 12 Jun nanti.

Lokasi dan tarikh mesyuarat tersebut diumumkan melalui laman Twitter milik Trump selepas beberapa jam beliau menyambut ketibaan tiga orang rakyat AS yang dibebaskan daripada tahanan Pyongyang.

“Kami berdua akan cuba menjadikan pertemuan bersejarah ini sebagai satu detik paling istimewa untuk keamanan dunia,” kata Trump di Twitter.

Mesyuarat tersebut dijangka berlangsung selama sehari yang akan membincangkan mengenai program senjata nuklear dan peluru berpandu balistik milik Korea Utara.

Trump turut menyatakan keya­kinan bahawa pertemuannya de­ngan Jong-un akan menjadi satu kejayaan besar buat kedua-dua buah negara.

Dalam pada itu, seorang pegawai AS berkata, pembebasan tiga rakyat AS iaitu Kim Hak-song, Tony Kim dan Kim Dong-chul akan menghapuskan halangan utama bagi menjayakan sidang kemuncak tersebut.

“Kami tahu dengan siapa kami berurusan di sini,” kata Pembantu Khas Majlis Keselamatan Negara AS, Victoria Coates. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×