KUALA LUMPUR 30 Mei – Trio pelumba negara yang diketuai Jazeman Jaafar tidak sabar untuk bersaing dalam perlumbaan berprestij Le Mans 24 Jam di Perancis pada 16 dan 17 Jun ini. Gabungan Jazeman, Weiron Tan dan Nabil Jefri akan melakar sejarah dengan muncul selaku pasukan pertama yang disertai 100 peratus pemandu Malaysia dalam perlumbaan tahan lasak itu. Mereka akan berlumba di bawah pasukan Jackie Chan DC Racing menggunakan jentera #37…










