PASIR MAS 9 Mei – Seorang warga emas berusia 104 tahun, Zakaria Idris sebak apabila masih lagi berpeluang untuk menunaikan tanggungjawab buat kali ke-14 sebagai pengundi.
Zakaria atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ayah menunaikan tanggungjawab itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Chenok seawal pukul 8 pagi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14, Zakaria mengundi untuk kawasan Parlimen Rantau Panjang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok.
Zakaria berkata, dia gembira diberikan kesihatan yang baik oleh Allah untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.
“Saya harap anak-anak muda supaya keluar beramai-ramai untuk mengundi.
“Ini adalah tanggungjawab kita pada negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE










