Tindakan Shahidan tidak bijak - Shafie - Utusan Malaysia

Tindakan Shahidan tidak bijak – Shafie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyifatkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim kurang bijak kerana mempertikai keputusan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar.

Menurutnya, Raja pemerintah sesebuah negeri atau Yang di-Pertua Negeri mempunyai hak yang harus dihormati dan ini termasuk mereka untuk kuasa melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri.

“Dalam hubungan ini, Shahidan bertindak di luar norma. Pada pandangan saya institusi diraja hendaklah dihormati. Shahidan patut menyelesaikan isu memilih Menteri Besar dengan bijaksana,” kata Shafie kepada media di sini malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau diminta mengulas tindakan UMNO Perlis memecat Azlan sebagai ahli parti itu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bintong itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin di Istana Arau pagi semalam.

Semua sembilan ADUN Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada istiadat angkat sumpah itu sehingga Tuanku Syed Sirajuddin murka. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini